Sunday, 15 May 2011

jam hari jumaat...

haha pendekatan baru...kesimpulan sahaja. ntah knapa aku suka pakai jam ni wat smbyang Jumaat. krn ia berwarna suci putih bersih/ada kalimah Allah dan Muhammad...wallahhualam. yg pasti jam ni kena buka masa nak masuk tandas...Asal usul jam ni ialah pemberian dr. Panglima ATM sebelum dia bersara. tak tau brapa org yg dapat; adek ipar aku antaranya. akhir sekali...ke tangan aku. nak cerita?...panjangnya...

Monday, 9 May 2011

kegilaan era2 swiss diver...

lama tak menulis...krn takde mood, skrg udah mari. kalu mood lari cerita pun tak selamba hehe.LeGant diver ni pilihan aku pakai hari ini, aura datang sendiri untuk jam menyerah diri ke tangan huu.saiz 37mm, kecik2 cili padi...ni antara faktor aku mula meminati jam saiz sederhana. habislah aku...
incabloc 333 feet, antara yang memikat...
jenis kunci, masa tepat wlaupun dah otai, jarum arrow  memukau..
evening phase hehe
tulisan tangan LeGant mengkhayalkan...
caseback licin, ala2 Rolex yg langsung takde tulisan...
dial hitam berkilat lagi...
dua gamba atas ni cilok dari internet...susa nak layari dan ni je satu2 yang terjumpa...rare beb!
terselit di bawah batik masa hari Khamis...maklumlah kakitangan awam hehehe

Sunday, 1 May 2011

cuci mata Hari Pekerja...

kebetulan hari ni cuti lagi.tak tau apa nak buat, karang critalah untuk tatapan kengkawan jam. ramai dah kenal jam ni...Samurai. sikit masa dulu punyalah payah nak dpt, pastu tgh tahun 2010 ada terkluar jam kt pasaran, tapi made in Malaysia. tak byk beza ngan Jepun made...dpd. kempunan terus aku sambar utk buat koleksi. skrg mcm susa dah nmpk jam ni...kan aku dah kata hehe
tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan...apa maknanya?
sebab org biasa cakap:'fuh indah sungguh lukisan engkau...'jrg dngr org kata 'indahnya gambar engkau...'haha
lenggang kiri lenggok kanan smuanya npk cun...
caseback mantap...sedap melekat di tangan
hah...mcmmana baca:November 2007, no. siri 0064.buatan Malaysia?
tali kulit tu beli kat ebay, kombinasi seimbang-sedang2 ringan
                                              yg ni dgn tali SS ori...mmg tambah berat

Saturday, 30 April 2011

aku bukan Zerox...

tapi akulah RICOH.memang aku tak pernah dengar nama jam ni.kalau mesin fotostat zaman 80an tu mmg berlambak. mungkin ibarat:Ricoh punya susu, Zerox dapat nama...apa tak nya, Ricoh bole dpt 10sen se kpg, Zerox 50sen beb!tak heranlah ayat yang biasa di kalangan student U dulu:'...nanti aku kirim zerox nota ye, pakai duit engkau dulu' huu
haa, sebelum tu timakasih kpd Tuan Syed Mohri kerana bagi jam ni...bagi bersyarat, menang tempat ke 3 Peraduan Teka Jam hehe
hari dan tarikh aku tak kisah...belasah je asal jam jalan tepat masa
cermin plastik tinggi punyalah lawa...jenis kunci, tarikh tekan butang atas...
macam Rolex...
siu ooo...
Acan kucing aku je yg setia menemani...
buatan jepun, no. siri 2009...keluaran tahun 70an
mengiau lak dia...oo belum makan lagi hehe
siang/luar rumah/berseluar
malam/dalam rumah/berpelikat hehe.
Cuma aku terfikir adakah aku akan meminati jam2 saiz 35-36mm ini? sebenarnya mmg aku gila divers yang beso2...

Wednesday, 27 April 2011

OM selepas hujan...

perkataan OM tu ada banyak maksud. tapi biarlah kat sini maknanya ialah Oren Monster. aku suka sesi pergambaran selepas hujan. suasananya sangat mendamaikan...hening, ada lopak2 air, bunyi2 katak memanggil girlfren dan arwah Sudirman pun nyanyi lagu Hujan dgn penuh penghayatan...
kali ini lah aku nak upload gambar laju macam air hujan...selalu punyalah berjanggut...alhamdulillah
kebanyakan blog dah pamerkan OM ni, aku tambah2 sikit je...
latarbelakang tu kebun bini kecil2an. nak tanam lada kat tanah selalu tak menjadi...pasu le jawabnya.
bezel dia yg mcm tayar traktor tu yg menjadikan jam ini dinamakan Monster...
siapa yang belum ada cepatlah beli pasal harga takle semahal Omega...7 kpg ungu gambar Yang Dipertuan Agong pun dah lepas...
kali ini pakai tali military dan rasa selesa serta nampak gagah...dah oder yg hitam lak
lagi pandangan yg serupa gaya Mr. Universe Malaya...ada kenal ke hehe
senyap...tgh pusing bezel
posing belakang...
lagi...
dekat lagi...dah biasa bacakan?
akhirnya melekap di tangan nan usang... pukul 3 lagi hehe