Mengapa 24 jam? kerana apa yang pasti kita masih hidup pada hari ini, semalam sudah berlalu dan esok belum tentu. Salam dari rakan jam untuk semua rakan di luar sana...
Friday, 17 June 2011
bulan terang bulan gelap...
haha cerita ni ditulis kerana ramai yang bertanya:' kenapa ikan kurang masa bulan terang?' benda ini penting kpd aku juga kerana ikan tamban untuk buat lekor hanya banyak waktu bulan gelap...ikan mcm serangga juga; akan tertarik kepada cahaya lampu. fenomenanya apabila bulan terang, lautan ibarat sebuah pasar malam. jadi ikan akan berselerak dan susah untuk dikumpulkan maka hasil tangkapan pun berkurang. yang paling terjejas semasa bulan terang adalah bot pukat jerut. waktu bulan terang /penuh/mengambang ialah 15hb. Melayu. oleh itu bot pukat jerut beroperasi paling cun mulai 25hb hingga 5hb Melayu. di situlah banyak ikan...
air pasang pagi surut pukul 5...
seperti yang pernah aku kata dulu, setelah mendapat jam beater/basahan, minat untuk memiliki jam sememamgnya sudah menurun. otai kata ni adalah suatu perasaan yang bahaya kepada kolektor jam. jadi aku bukanlah kolektor sejati dan apa jatuh kategori aku pun tak tau. sekarang cuma nak cari jam yang rare tapi tak semestinya mahal. memang susalah kiranya kerana kalau rare tapi mahal senang cari...mcm Seiko Tuna 600m yg cecah hrga 6k hehe. 13 biji yang ada setakat ini dan 13 juga orang kata angka berhantu/sial. kalau kat Taiwan ada hotel yang takde bilik no. 13 huhu. harapan aku janganlah mood untuk menulis berkaitan jam terpadam kerana ramai juga kawan2 yg dah mula menarik diri. mungkin aku dah slow membeli, cuma kekal dan selenggara jam2 yang ada. artikel2 selepas ni akan lebih kepada kepelbagaian krn hobi aku ni banyak juga...nah cucilah mata dgn jam2 vintage kesukaanku...
Subscribe to:
Posts (Atom)