Tuesday, 7 June 2011

Setahun setengah sudah berlalu...

...macam lagu Alleycats lak hehe. Begitulah tempoh masa aku mula serius dgn jam. Jadi di kesempatan cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi, aku cuba 'meluahkan ' perasaan yang bermain di hati tentang hobi ini. Jika dilihat dari gambar di atas, jam dial putih itulah yg mula2 mencetuskan segalanya; dan tangkapan yang terbaru adalah Rolex 6694.
Pada awal pembabitan, memang berkobar2 nak beli, pantang nampak dahi jam licin. Lepas tu, mood kemudian beralih kepada nak kekalkan 1 jam idaman dan nak jual jam2 yang lain, apara!? Takpe apa2 hobi pun memang moody...ada naik ada turun. Masa berlalu beberapa ketika dan aku perlu buat satu hala tuju yang boleh meredakan kekusutan ini.
Dan setakat cerita ini ditulis, akhirnya aku tetapkan 1 jam beater/basahan (6694 la hehe) dan jam2 lain menanti aura untuk dipakai atau disimpan sebagai aset koleksi...tetapi harus diingat, nafsu membeli semakin menurun dan nak menjual pula meningkat...Waullahhualam...