Saturday, 30 July 2011

bidan terjun...


...'Salam, kejap lg sy ke KK, flight kul 7 mlm...''...sya baru balek dr. KK, lama ke tuan kat Sabah?...' itu lah mukaddimah pertemuan yang tidak dirancang pada Isnin, 25 Julai 2011. Aku rasa detik ni tidak akan dilepaskan begitu saja krn aku, Dzul Oyster dn Matbond mmg tak pernah bersua muka dgn Tuan Syed Mohri Al-Idrus 'Irhomdeys'. bermacam dugaan, al-maklumlah TS ni sentiasa sibuk dgn meeting dn dinner selama 4 hari 3 mlm dia di KK. dipendekkan cerita...alhamdulillah pada mlm senin tu dapatlah kami berjumpa di tmpt lepak biasa dr. pukul 7.30mlm hinggalah 9.30. Walaupun sesingkat 2 jam, banyak yg dapat disembangkan, yg penting ikatan persahabatan di alam maya dpt diterjemahkan ke alam nyata... 
                                                               janganlah serius beb!...
tu dia...ada yg gelak, ada yg tengah CSI hehe
jam Dzul Oyster je yg berlambak...
Brietling Chrono Diver pilihan TS mlm ni...
Matbond n Titus...maniac
jam sejarah h4u sabah feat TS huhu...
ouff...terkini baru dpt gambo dr. DO...Tudor small rose menguntum senyuman...

Friday, 22 July 2011

siapa ada pengalaman...

sebenarnya bohonglah aku kalu tak terpesona ngn seketul mutiara Jepun ni walaupun bentuk separuh nyata separuh bayang.  selama 2 tahun barang ni mmg menghantui aku dari berbagai sudut. dua hari lepas Rasmizan JamQistina ada nak tolong jual member dia punya...rm5.5k, bole sgt tu. jadi sambungan tajuk di atas tu sesungguhnya ialah ...servis MM300 ni. ada yang tahu dan ramai yang tak tahu bhwa jam ni perlu dihantar balik ke Jepun untuk diservis. pernah aku tanya soalan ni kpd pemilik2 MM ni dan jawapan tepat belum lagi terlerai.
design jam ni memerlukan ia dibuka dari atas. casing dia solid gila, takleh buka dr. bawah, jgn cuba2 cari lubang utk taruk opener...sampai kiamat pun tak jumpa.
puas hati dapatkan?
org tua2 kata macam terletak jam ni di tangan. kesimpulannya mmg ramailah yang tergoda. tapi sekali lagi sesiapa kawan2 ada pengalaman hantar jam ni servis ke Jepun atau kedai2 di Malaysia sangat2lah dialu2kan. aku mmg ada hasrat nak beli, tapi memikirkan satu kerja pulak nak kirim ke Jepun balik, tu yang terkucil...tolong tolong tolong, terima kasih.

*gambo ehsan cilok dr.internet...

Sunday, 17 July 2011

...LAYAN


2 gambo di atas ni ialah lokasi Perkhemahan Unit Beruniform 2011 SEMPEN di SK Tambulion, Kota Belud. Sungai dan padang ialah tapak yg sesuai utk perkhemahan...chalet tu produk tmbahn org kg...

3 gambo jam di atas ni ada kaitan dgn tajuk lalu...jam beater. Kegagalan Mondia dan 6694 telah memberi jalan kpd Sitizain diva utk diuji...
hari pertama: pagi Jumaat 15hb. Julai
hari kedua: Pertandingan Kawat Kaki baru bermula...
dan petang tu jugak angin beserta hujan lebat...petanda tidak baik untuk perkhemahan tetapi baik utk Sitizain diva hehe
hari ketiga, Penutupan:barisan guru2 KRS tunjuk gigi...
Akhirnya matlamat aku hendak menguji Sitizain diva sbg beater telah LULUS...Sekian

Saturday, 2 July 2011

santai horology Sabah...

                                                                    dapatan edisi ke 3

kenapa aku panggil santai? kerana pertemuan dengan rakan2 jam begini biasanya dibuat setelah semua kerja2 selosai. biasanya ia akan memakan masa paling lama 2/3 jam, bergantung kepada bilangan orang. jangkamasa pertemuan bagus diatur 3/4 bulan sekali dan dr rakan2 yg jauh dan susah nak dikumpulkan. itu aku rasa lebih ummph krn ada rasa rindu dan tentunya ada koleksi2 yang datang dan yang pergi...

Edisi Pertama, Kota Belud, Okt 2010: Restoran Kota Raya, pertemuan kali pertama dua Zulkanain;dgn Dzul Oyster...
Edisi ke 2, Kota Kinabalu, 28 Apr 2011: Restoran Sri Sembilan. Pertemuan pertama kali 3 saudara horologist. Jam yang dibawa hanya yang dipakai di tangan huhu...
Edisi ke 3, Kota Kinabalu, 1 Julai 2011: sebelah RSSembilan. meja, kerusi, minuman kaw2 dan pau ayam sesuai utk borak2 jam...
koleksi ku yang tak seberapa. mmg ngam dgn slogan aku:'rare is my taste'. bagi aku yang penting ikatan persahabatan yang terjalin tanpa mengira usia, kerjaya dan status...