Friday, 22 July 2011

siapa ada pengalaman...

sebenarnya bohonglah aku kalu tak terpesona ngn seketul mutiara Jepun ni walaupun bentuk separuh nyata separuh bayang.  selama 2 tahun barang ni mmg menghantui aku dari berbagai sudut. dua hari lepas Rasmizan JamQistina ada nak tolong jual member dia punya...rm5.5k, bole sgt tu. jadi sambungan tajuk di atas tu sesungguhnya ialah ...servis MM300 ni. ada yang tahu dan ramai yang tak tahu bhwa jam ni perlu dihantar balik ke Jepun untuk diservis. pernah aku tanya soalan ni kpd pemilik2 MM ni dan jawapan tepat belum lagi terlerai.
design jam ni memerlukan ia dibuka dari atas. casing dia solid gila, takleh buka dr. bawah, jgn cuba2 cari lubang utk taruk opener...sampai kiamat pun tak jumpa.
puas hati dapatkan?
org tua2 kata macam terletak jam ni di tangan. kesimpulannya mmg ramailah yang tergoda. tapi sekali lagi sesiapa kawan2 ada pengalaman hantar jam ni servis ke Jepun atau kedai2 di Malaysia sangat2lah dialu2kan. aku mmg ada hasrat nak beli, tapi memikirkan satu kerja pulak nak kirim ke Jepun balik, tu yang terkucil...tolong tolong tolong, terima kasih.

*gambo ehsan cilok dr.internet...

18 comments:

  1. Hehe jam ni bole rosak ke bro? Tak kan nak pakai jam ni pegi menebas pulak. Rasanya siapa2 yg memakai tentu sentiasa berwaspada dan menjaga penuh dgn belaian dan kasih sayang secukupnya. Dan barang siapa yg berpeluang memilikinya mmg bertuah badan. Sejuk perut ibu mengandung...betulll

    ReplyDelete
  2. mr.Zul .. kalo saya beli jam ini ..mau servis i contact seiko jepun terus & deal direct. hantaran declare repair & return.

    ReplyDelete
  3. bro sah, tgk hrga mmg tak bwk menyangkul pun. tp mmbr kita Mus n Zahir siap buat belasahan, tu yg jeles. jadi trbukti lasak dn lum ada tanda2 rosak. dgr2 andai rosak leh bikin kos dlm 1.5k tp nun ke Jepun...takpe, brani pakai brani tanggung hehe

    ReplyDelete
  4. bro adr, tq for info. kalu gitu sng la. lgpun kalu beli ngn Higuchi/Seiya mntk diaorg urus. org Jepun mmg boleh dipercayai...i prnh beli Sumo ngn Higuchi, cepat, tepat dn telus.

    ReplyDelete
  5. mr.Zul ... welcome bro.. dia org akan kasi advise, contact & procedures .. kita just mail direct ke service centre.

    ReplyDelete
  6. sah_kul, aku rasa bukan masalah servis sebab rosak. Tapi lebih kepada periodical service yang after a few years memang tak boleh lari. So whatever it is, memang kena servis. Tapi kalau kena hantar balik Jepun pun, apa kira kalau hati sudah cinta. Bak kata cikgu Zul, berani pakai berani tanggung.

    ReplyDelete
  7. PM...ooo ye ke... nk kena anta medical checkup berkala. Apa2 pn prevention is better than cure. Anyway good luck cikgu.

    ReplyDelete
  8. dlm fb,mus kata oil dia leh tahan tuk 100 tahun...pelik gak kan. bg akula setakat 10 tahun bole la htr svis. jam mahal dn canggih mesti kita sygkan, apa salahnya bayar utk rawatan. umpama manusia, bila dah ada tanda2 sakit kena gi chek spya tak melarat. kalu dah parah lebih rugi atau takde maknanya lagi...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tok sah pikir bukan2 zul, kat sini ada pomen yg handal2, depa cukup peralatan utk buka jam mcm ni.-timur

    ReplyDelete
  11. Berani pakai, berani tanggung...terbaik! Hehe...kalau benar seperti ditelah, maka anak cucu CZ lah yang kena servis...hebat! Kalau ia statement dari Negara Matahari Terbit tu, saya percaya.

    ReplyDelete
  12. Jam ni bukan standart Seiko biasa yg kalau servis tak sampai RM100. Movement jam ni adalah movement Grand Seiko yg mmg dah terbukti dalam sejarah movement terbaik di dunia. Kebarangkalian nak rosak tu mmg susah lah..

    Periodical servis tu bg aku perkara nombor 2 psl jam bukanlah macam kenderaan yg cukup time kena servis. Kita bukan pakai jam yg sama tiap2 hari. Pakai kadang2 & bertukar2 jam pula.

    Marine Master ni disebabkan salah satunya construction/binaan jam tu sendiri. Mmg super solid. Nak buka movement pun bukan semua tukang jam boleh buat sbb perlu alat khas. Jadi depa mmg sarankan kalau nak servis hantar balik ke Jepun sbb watchmaker sana yg profesional yg akan buat & akan pasang balik jam tu dgn sempurna. Kalau mahal pun mmg patutlah psl bukan senang nak buat tu. Hehe.. Umpama pakai kete BMW.. takkan sama dgn servis kete Malaysia. Hehe..

    Ni pendapat aku la.. Walau apa pun semua ni sekadar pendapat saja... Jawapannya tetap di tangan tuan empunya.. Hehe.. Tp bro, aku mmg sokong sgt la kalau beli jam ni. Berbaloi! Hehe

    ReplyDelete
  13. .... if it ain't broken.... dun fix it.. hehe

    ReplyDelete
  14. tu la DJ,tahap jam ni mmg tinggi. ingin dimiliki suatu hari nanti, insyaallah. berbaloi sgt kwn tu punya baru setahun pakai dah nak tolak 5.5k...lama lgi nak diservis tu. tu la, bila peluang dtg, duit pulak lari entah ke mana...hehe

    ReplyDelete
  15. DJ, mungkin MM ni spesies istimewa kot. Jam2 yg aku ada kebanyakannya memang dia cakap kena servis every few years (e.g. co-axial every 7 years). So pakai ka tak pakai ka, servis tetap kena.

    Cikgu, kawan punya nasihat ialah, pakai barang baik ni kena pikir maintenance dia jugak. Jangan nanti dah beli, sakit kepala pikir pasal servis. Tapi bak kata Hassan Detik12, kat sini pun ada pomen2 yang handal. Mungkin boleh bertepung-tawar dgn dia ke ...

    Apa2 hal pun, kawan tetap sokong kalau cikgu beli!

    ReplyDelete
  16. Higuchi kata kos overhaul rm950...mcm baru balek la. bole sgt tu, cuma byr rm80 utk 10 tahun...jam bagus mesti tahan lasakkan, apalagi kalau dibelai2 hehe

    ReplyDelete
  17. jam da selamat terjual....adakah sudah berlabuh di tangan cikgu atau tangan yang lain?? Nak tau jg kesudahannya... :)

    ReplyDelete
  18. bro sah...sumpah BUKAN di tgn aku. tp kalu mau jam nostalgia masa lalu dan skrang, inilah dia. maksud aku, dugaan utk memilikinya akan menjadi kenangan pahit-manis kpd sesapa yg berhajat...macam aku! hehe

    ReplyDelete