...macam lagu Alleycats lak hehe. Begitulah tempoh masa aku mula serius dgn jam. Jadi di kesempatan cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi, aku cuba 'meluahkan ' perasaan yang bermain di hati tentang hobi ini. Jika dilihat dari gambar di atas, jam dial putih itulah yg mula2 mencetuskan segalanya; dan tangkapan yang terbaru adalah Rolex 6694.
Pada awal pembabitan, memang berkobar2 nak beli, pantang nampak dahi jam licin. Lepas tu, mood kemudian beralih kepada nak kekalkan 1 jam idaman dan nak jual jam2 yang lain, apara!? Takpe apa2 hobi pun memang moody...ada naik ada turun. Masa berlalu beberapa ketika dan aku perlu buat satu hala tuju yang boleh meredakan kekusutan ini.
Dan setakat cerita ini ditulis, akhirnya aku tetapkan 1 jam beater/basahan (6694 la hehe) dan jam2 lain menanti aura untuk dipakai atau disimpan sebagai aset koleksi...tetapi harus diingat, nafsu membeli semakin menurun dan nak menjual pula meningkat...Waullahhualam...
24jam...biasa la bro. Ngumpul jam nih amik masa. Pasang surut macam air laut. Aku pun. Ekonomi okey dulu, 2 bijik panerai ori aku beli. Ekonomi merudum, aku main jam swiss vintage. Segar sikit. Main jam Seiko rare. Bila dah rasa mangli... aku belajar teknikal pasal jam. Masa tu duit habis beli barang2 repair jam. Repair jam bila free. Rosak pun ada... banyak modal. Takpe, biar habis duit kat jam dari habis duit kat dangdung, karaoke GRO, main perempuan, judi... he he he. Orang gila jam ni biasanya tak ngacau orang. Hobi tersendiri...
ReplyDeleteskrg aku gila main golf pulak. jual 3 bijik jam...beli golf set baru. Golf untuk riadah. Jam untuk masa lapang kat rumah... okey la kutt...
jangan lupa tazkirah kat masjid... seimbang sikit hidup kita
Cikgu, nafsu membeli semakin menurun takpe ... jangan nafsu lain yang semakin menurun!
ReplyDeletehaha bro thetick2, golf tahniah, permainan dato2, YB2 ni, yg penting riadah dn kesihatan. aku tetap main bdmton, seminggu tak pukul bulu...gatal2 tangan hehe. bro PM, nafsu lain tu cerita di sebalik tabir, zaman skrg jarang pakai kelambu kah3...
ReplyDeleteLaaa ... tu nafsu apa tu Cikgu? Kawan cerita nafsu makan ... ha ha!!! Tapi kalau makan nasi ganja bulan puasa, kena sebalik tabir jugak. :-)
ReplyDeletekeh3 crita bulan puasa, x lama lagi dah. byk kenangan berfb puasa tahun lepas. selalu aku sakat :'kat sini dah kenyang, kat sana bila lagi' hehehe. berblog tahun pertama aku ni, insyaallah. PM,ko takde fb ke?
ReplyDeleteSalam...memang sukar untuk memilih dan menyingkir. Fikir dulu sebelum buang...
ReplyDeletePtg td beli satu jam Seiko 5 sports automatic 23 jewels.RM480.lain kali saya post gmbr dia. Enjin dia 7S36B. see-thru case back.Kpd rakan2 yg pernah menggunakan Seiko jenis ni,boleh komen skit.
ReplyDeletesah_kul, wksalam. dlm bnyk2 yg plg susah kita nak cari beater/basahan. ia tak semestinya mahal, tp yg kita suka pakai. aku stuju ayat ni:'the most u wear it, the most u appretiate it...'. Anony, tahniah. enjn 7s36 mmg tahan lasak, enjn kebanyakan seiko skrg ni. jam baru x perlu risau rosak hee...
ReplyDeleteSamalah kita, saya pun dah setahun lebih minat jam, bermula awal 2010. Nafsu membeli kurang sikit sebab rasa dah banyak, nak jual sayang pulak.Yang kerap dipakai pun jam yang sama saja...seiko diver. Sekarang ni blog pun malas nak update.
ReplyDeleteMinat jam mmg biasa naik turun. Ada kisahnya dalam proses kita 'melayari' minat main jam ni. Setiap org lain kisahnya... itu yg seronok berkongsi. Hehe
ReplyDeleteAno, cam 24jam ckp tu betul. Enjin 7S mmg dah terbukti lasak. Nak servis pun senang. Part dia besar2 & senang dpt spare part. Tahniah!
Zul Jam Masa, syg gak ada blog tp dibiarkan kesepian hee, kdg2 org tak komen tak apa tapi ramai yg melihat. mmg betul kata Asmar DJ, keseronokan berkongsi tu yg manis...sekurang2nya dunia horologi ni tak sesunyi jam tangan tapi tetap berjalan meniti hari...ewah2
ReplyDeleteBetul tu cikgu, baru tadi ada sahabat nak alat buka jam. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu kengkawan. Insyaallah, nanti jika ada masa saya update semula blog tu.
ReplyDelete24 Jam, kawan ada FB. Nanti kawan hantar request. Apa nama kat FB?
ReplyDeletebiasalah nama penuh hehe:zulkanain a rahim
ReplyDelete24jam & duniajam,thanx for ur comment.tgh kumpul duit lak nk dpt seiko turtle sekor...
ReplyDelete