Wednesday, 22 June 2011

jam beater/basahan...

saja aku nak kemukakan tajuk di atas (pernah di sentuh tapi tak khusus ceritanya).  peminat jam biasanya akan bermula dengan sebijik jam.  makin lama makin bertambah hingga berbelas.  kenapa aku berhenti kat belas, bukan puluh atau ratus?  contoh paling dekat ialah aku sendiri, ternokhtah kat angka 13.  pemilik yang berpuluh dan beratus tu memang wujud...Hassan Detikduabelas ngn Tuan Syed Mohri Irhomdeys.  sebenarnya ramai lagi tapi tak tertaip pulak hehe...
makna beater yang aku difahamkan ialah jam yang kita pakai utk basahan hari2, samada murah, sedang2 ataupun mahal.  jadi harga benda ni memang subjektif kerana selera masing2 tak sama.  mula2 aku nak pilih jam beater  ni memang pening kepala, tak tido malam dibuatnya kerana ini antara prinsip yang akan aku pegang selagi hayat dikandung badan, cehh.  al-kisah, aku sendiri respek arwah abah aku kerana sekarang ni baruku tahu jam beater beliau adalah Seiko UFO.  35 tahun jam tu dipakai harian sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir 6 tahun yang lalu...
berbalik kpd aku, jadi setelah dipikir masak2...Rolex 6694 pulak yang terpilih.  kenapa?  saiz kecil -sedang 36mm (selesa pakai, tak rimas), bracelet ss 18-16mm (cun2 dan tahan lasak peluh/hujan/panas), jam bagus (buat apa nak simpan dlm laci je) dan bole dibawa gi kerja dan jalan2 makan angin-flexible.
yang 12 biji lagi tu nak buat apa?  akhirnya sayang pulak nak jual, duduklah mereka tu sebagai koleksi.  kadang2 bila aku dah bosan sangat tengok beater tu, terhingin pulak nak pakai yang lain, maka jadilah kitaran hidup yang beranika ragam.  tapi yang herannya bila aku tak pakai beater 1 hari, aku akan tercari2 macam ada sesuatu yang hilang...sah dan lulus ujianlah beater aku ni hehe. korang macammana? sekian dan terima kasih...
ulangtayang gambo huhu...

3 comments:

  1. Jadi apakah nasib Reduced Moonwatch dan Seamaster itu? Mentang-mentanglah sudah dapat peha, betis dilupakan ... sob sob!

    ReplyDelete
  2. 6694 memang best,ada klass,bergaya dan yg paling
    best ROLEX tu..hehe
    Caya la abg...

    ReplyDelete
  3. hehe PM n Mr Zul, Reduced Speedy tu msh hidup lagi. SMP je yg dah dipertaruhkan dan berganti tmpt ngn 6694. aura 6694 mmg x dpt ku tepis sebelum dan selepas dapat. la ni jam garing dikunci dan tepat masa ikut jam astro wlu cepat 5 saat/hari. biasalah tu brg 26000bph...

    ReplyDelete