nampak mcm banyak Seiko UFO keluar kt blog dn fb minggu ni. semalam aku dapat dr. adek aku, Zuliskhandar. jam ni peninggalan arwah abah kami. no. serial 136728. ada MOU mcm mana jam ni bertukar tangan hehe. aku tak pasti tahun buatan 1971 atau 1981. keadaan jam mmg vintage dn semua part masih ori. cermin calar2, dial dan bezel ada ciri2 patina, casing elok lagi. fungsi chrono mmg out, dah nak kena servis ni. tak kisah yg penting jam auto bila2 bole dibaiki, sedia ongkos je. jarum chrono dia kuning, ada aku tengok merah juga-apa perbezaannya? aku rasa aku nak kekalkan keadaan sedia ada jam kecuali chrono tu. sebab begitulah rentetan sejarah dia selama 30/40 tahun.aku pakaikan tali military hitam supaya ketat dan melekap molek di tangan. jam bagak mmg kena buat macam ni, kalau bracelet mmg longgar sikit dan akan melorot ke bawah dan tak selesa. nah, lihatlah...
Mengapa 24 jam? kerana apa yang pasti kita masih hidup pada hari ini, semalam sudah berlalu dan esok belum tentu. Salam dari rakan jam untuk semua rakan di luar sana...
Tuesday, 14 June 2011
Tuesday, 7 June 2011
Setahun setengah sudah berlalu...
...macam lagu Alleycats lak hehe. Begitulah tempoh masa aku mula serius dgn jam. Jadi di kesempatan cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi, aku cuba 'meluahkan ' perasaan yang bermain di hati tentang hobi ini. Jika dilihat dari gambar di atas, jam dial putih itulah yg mula2 mencetuskan segalanya; dan tangkapan yang terbaru adalah Rolex 6694.
Pada awal pembabitan, memang berkobar2 nak beli, pantang nampak dahi jam licin. Lepas tu, mood kemudian beralih kepada nak kekalkan 1 jam idaman dan nak jual jam2 yang lain, apara!? Takpe apa2 hobi pun memang moody...ada naik ada turun. Masa berlalu beberapa ketika dan aku perlu buat satu hala tuju yang boleh meredakan kekusutan ini.
Dan setakat cerita ini ditulis, akhirnya aku tetapkan 1 jam beater/basahan (6694 la hehe) dan jam2 lain menanti aura untuk dipakai atau disimpan sebagai aset koleksi...tetapi harus diingat, nafsu membeli semakin menurun dan nak menjual pula meningkat...Waullahhualam...

Tuesday, 31 May 2011
'Kenangan teragung', pinjam ayat dpd. Dr. Asmar DJ hehe...
mengimbau kenangan lalu yang nasib baik masih tersimpan...
Seiko (quartz), 1990 beli lepas kawin. Harga beli:rm250+.skrg crown dah hancur, apek kedai kata sudah rosak ooo...
Cadali(quartz), 1995.nak sangat rasa jam swiss masa tu. terkena!, swiss movt rupanya...Harga beli:rm400+. jam masih ok tp casing kakis...tak pernah pakai lagi.
Dunhill, jenama yg ngetop tahun 80an. 1996,adek aku bagi...masih ok lagi. tak tau lak brapa nilai harga dia...
Parker. 1999, Kompeni hadiah kat aku krn resign. ada tertulis...Koolmatics Sdn. Bhd. mungkin nilai dia dlm rm200+
haha...2010. jam lama tapi kenangan baru...mantop dan i like it. harga...?hehe
Saturday, 28 May 2011
Let it go...hoho
MONDIA DIVER 100M
Spec: Ori, Swiss Made, Automatic 21J, date, bezel one direction, serial no.:160
Harga: RM720+poslaju(nego...)
ORIENT DIVER 200M
Spec: Ori, Made in Japan, Automatic 21J, date n day, bezel one direction, tali kulit n buckle Orient.
Harga:RM350+poslaju(nego...)>>>SOLD to Mr. R, Selangor.
Sekian, terima kasih dn jumpa dilain keluaran.hehe...

SEIKO 6139-8020
Spec: Ori, Made in Japan, Automatic, Chrono 1 register, jarum saat, chrono dn dial luntur sedikit, tali tropik, serial no:381388
Harga:RM420+poslaju(nego...)
Sekian, terima kasih dn jumpa dilain keluaran.hehe...
Wednesday, 18 May 2011
untuk dilepaskan...
adat orang berniaga:ada jual ada beli, ada untung ada rugi...
tarikh beli: 30 jun 2010
kondisi: paper n box seperti dlm gambar, tip-top, dial ada tulisan 'MALAYSIA', bracelet s/steel-made in japan(bukan china).
harga: RM 1000 nett + poslaju...
>>>SOLD to Mr. H, Selangor.
kondisi: paper n box seperti dlm gambar, tip-top, dial ada tulisan 'MALAYSIA', bracelet s/steel-made in japan(bukan china).
harga: RM 1000 nett + poslaju...
>>>SOLD to Mr. H, Selangor.
Tuesday, 17 May 2011
sukar untuk diungkapkan...
...begitu susa aku nak cari idea tentang jam ini.memang fitrah manusia mencari kesilapan orang, barangan, mengkritik tapi jarang memuji. wbpun sebenarnya pro dan kontra itulah yang menjadikan kita lebih matang dan rasional menangani sebarang masalah. Dalam kes Rolex 6694 ini (keluaran 1973), izinkan aku memuji salah satu ciptaan manusia 38 tahun lalu yg masih utuh utk sama2 dinikmati oleh peminat jam generasi sekarang...

black is beauty
logo crown dan caseback licin tanpa apa2 tulisan tak berubah hingga sekarang...
besar tapak tangan 6694 aku tadahkan hee...
Asmar DJ kata anggun...hee bro
npk low profile...
jam biasa2 je...
black is beauty
bracelet ada tulisan...ROLEX, Registered Swissmade, H Steelinox 78350, 557.
Kalau adalah otai jam yang mula2 beli pada tahun 1973 ni, berapalah agak2nya harga dia waktu tu?...
Sunday, 15 May 2011
jam hari jumaat...
haha pendekatan baru...kesimpulan sahaja. ntah knapa aku suka pakai jam ni wat smbyang Jumaat. krn ia berwarna suci putih bersih/ada kalimah Allah dan Muhammad...wallahhualam. yg pasti jam ni kena buka masa nak masuk tandas...Asal usul jam ni ialah pemberian dr. Panglima ATM sebelum dia bersara. tak tau brapa org yg dapat; adek ipar aku antaranya. akhir sekali...ke tangan aku. nak cerita?...panjangnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)