Friday, 22 July 2011

siapa ada pengalaman...

sebenarnya bohonglah aku kalu tak terpesona ngn seketul mutiara Jepun ni walaupun bentuk separuh nyata separuh bayang.  selama 2 tahun barang ni mmg menghantui aku dari berbagai sudut. dua hari lepas Rasmizan JamQistina ada nak tolong jual member dia punya...rm5.5k, bole sgt tu. jadi sambungan tajuk di atas tu sesungguhnya ialah ...servis MM300 ni. ada yang tahu dan ramai yang tak tahu bhwa jam ni perlu dihantar balik ke Jepun untuk diservis. pernah aku tanya soalan ni kpd pemilik2 MM ni dan jawapan tepat belum lagi terlerai.
design jam ni memerlukan ia dibuka dari atas. casing dia solid gila, takleh buka dr. bawah, jgn cuba2 cari lubang utk taruk opener...sampai kiamat pun tak jumpa.
puas hati dapatkan?
org tua2 kata macam terletak jam ni di tangan. kesimpulannya mmg ramailah yang tergoda. tapi sekali lagi sesiapa kawan2 ada pengalaman hantar jam ni servis ke Jepun atau kedai2 di Malaysia sangat2lah dialu2kan. aku mmg ada hasrat nak beli, tapi memikirkan satu kerja pulak nak kirim ke Jepun balik, tu yang terkucil...tolong tolong tolong, terima kasih.

*gambo ehsan cilok dr.internet...

Sunday, 17 July 2011

...LAYAN


2 gambo di atas ni ialah lokasi Perkhemahan Unit Beruniform 2011 SEMPEN di SK Tambulion, Kota Belud. Sungai dan padang ialah tapak yg sesuai utk perkhemahan...chalet tu produk tmbahn org kg...

3 gambo jam di atas ni ada kaitan dgn tajuk lalu...jam beater. Kegagalan Mondia dan 6694 telah memberi jalan kpd Sitizain diva utk diuji...
hari pertama: pagi Jumaat 15hb. Julai
hari kedua: Pertandingan Kawat Kaki baru bermula...
dan petang tu jugak angin beserta hujan lebat...petanda tidak baik untuk perkhemahan tetapi baik utk Sitizain diva hehe
hari ketiga, Penutupan:barisan guru2 KRS tunjuk gigi...
Akhirnya matlamat aku hendak menguji Sitizain diva sbg beater telah LULUS...Sekian

Saturday, 2 July 2011

santai horology Sabah...

                                                                    dapatan edisi ke 3

kenapa aku panggil santai? kerana pertemuan dengan rakan2 jam begini biasanya dibuat setelah semua kerja2 selosai. biasanya ia akan memakan masa paling lama 2/3 jam, bergantung kepada bilangan orang. jangkamasa pertemuan bagus diatur 3/4 bulan sekali dan dr rakan2 yg jauh dan susah nak dikumpulkan. itu aku rasa lebih ummph krn ada rasa rindu dan tentunya ada koleksi2 yang datang dan yang pergi...

Edisi Pertama, Kota Belud, Okt 2010: Restoran Kota Raya, pertemuan kali pertama dua Zulkanain;dgn Dzul Oyster...
Edisi ke 2, Kota Kinabalu, 28 Apr 2011: Restoran Sri Sembilan. Pertemuan pertama kali 3 saudara horologist. Jam yang dibawa hanya yang dipakai di tangan huhu...
Edisi ke 3, Kota Kinabalu, 1 Julai 2011: sebelah RSSembilan. meja, kerusi, minuman kaw2 dan pau ayam sesuai utk borak2 jam...
koleksi ku yang tak seberapa. mmg ngam dgn slogan aku:'rare is my taste'. bagi aku yang penting ikatan persahabatan yang terjalin tanpa mengira usia, kerjaya dan status...

Sunday, 26 June 2011

pelik tapi benar...



bila dah lama main jam sikit, macam ada rasa bosan-timbul persoalan, apa selepas ini? jadi tengok punya tengok, terpandang lak benda yg selama ni tak terlintas di kepala hotak-jam bullhead atau kepala lembu. apa yang menarik perhatian aku ialah alignment/jajaran yang tak sekata.  Seiko-atas lebih tebal dpd bawah dn Omega-atas lebih lebar dpd bawah.  orang kata ini lah yang dipanggil oportunis-pemakainya seorang yang berani/yakin/berkarisma kerana bentuk jam memang pelik.  korang tengoklah mana tau berkenan.  Seiko tu dah mencecah rm1500 tapi yang Omega tu satu/dua kali ganda rege dia...

Wednesday, 22 June 2011

jam beater/basahan...

saja aku nak kemukakan tajuk di atas (pernah di sentuh tapi tak khusus ceritanya).  peminat jam biasanya akan bermula dengan sebijik jam.  makin lama makin bertambah hingga berbelas.  kenapa aku berhenti kat belas, bukan puluh atau ratus?  contoh paling dekat ialah aku sendiri, ternokhtah kat angka 13.  pemilik yang berpuluh dan beratus tu memang wujud...Hassan Detikduabelas ngn Tuan Syed Mohri Irhomdeys.  sebenarnya ramai lagi tapi tak tertaip pulak hehe...
makna beater yang aku difahamkan ialah jam yang kita pakai utk basahan hari2, samada murah, sedang2 ataupun mahal.  jadi harga benda ni memang subjektif kerana selera masing2 tak sama.  mula2 aku nak pilih jam beater  ni memang pening kepala, tak tido malam dibuatnya kerana ini antara prinsip yang akan aku pegang selagi hayat dikandung badan, cehh.  al-kisah, aku sendiri respek arwah abah aku kerana sekarang ni baruku tahu jam beater beliau adalah Seiko UFO.  35 tahun jam tu dipakai harian sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir 6 tahun yang lalu...
berbalik kpd aku, jadi setelah dipikir masak2...Rolex 6694 pulak yang terpilih.  kenapa?  saiz kecil -sedang 36mm (selesa pakai, tak rimas), bracelet ss 18-16mm (cun2 dan tahan lasak peluh/hujan/panas), jam bagus (buat apa nak simpan dlm laci je) dan bole dibawa gi kerja dan jalan2 makan angin-flexible.
yang 12 biji lagi tu nak buat apa?  akhirnya sayang pulak nak jual, duduklah mereka tu sebagai koleksi.  kadang2 bila aku dah bosan sangat tengok beater tu, terhingin pulak nak pakai yang lain, maka jadilah kitaran hidup yang beranika ragam.  tapi yang herannya bila aku tak pakai beater 1 hari, aku akan tercari2 macam ada sesuatu yang hilang...sah dan lulus ujianlah beater aku ni hehe. korang macammana? sekian dan terima kasih...
ulangtayang gambo huhu...

Friday, 17 June 2011

bulan terang bulan gelap...


haha cerita ni ditulis kerana ramai yang bertanya:'  kenapa ikan kurang masa bulan terang?' benda ini penting kpd aku juga kerana ikan tamban untuk buat lekor hanya banyak waktu bulan gelap...ikan mcm serangga juga; akan tertarik kepada cahaya lampu.  fenomenanya apabila bulan terang, lautan ibarat sebuah pasar malam. jadi ikan akan berselerak dan susah untuk dikumpulkan maka hasil tangkapan pun berkurang. yang paling terjejas semasa bulan terang adalah bot pukat jerut.  waktu bulan terang /penuh/mengambang ialah 15hb. Melayu. oleh itu bot pukat jerut beroperasi paling cun mulai 25hb hingga 5hb Melayu. di situlah banyak ikan...