bila dah lama main jam sikit, macam ada rasa bosan-timbul persoalan, apa selepas ini? jadi tengok punya tengok, terpandang lak benda yg selama ni tak terlintas di kepala hotak-jam bullhead atau kepala lembu. apa yang menarik perhatian aku ialah alignment/jajaran yang tak sekata. Seiko-atas lebih tebal dpd bawah dn Omega-atas lebih lebar dpd bawah. orang kata ini lah yang dipanggil oportunis-pemakainya seorang yang berani/yakin/berkarisma kerana bentuk jam memang pelik. korang tengoklah mana tau berkenan. Seiko tu dah mencecah rm1500 tapi yang Omega tu satu/dua kali ganda rege dia...
Mengapa 24 jam? kerana apa yang pasti kita masih hidup pada hari ini, semalam sudah berlalu dan esok belum tentu. Salam dari rakan jam untuk semua rakan di luar sana...
Sunday, 26 June 2011
Wednesday, 22 June 2011
jam beater/basahan...
saja aku nak kemukakan tajuk di atas (pernah di sentuh tapi tak khusus ceritanya). peminat jam biasanya akan bermula dengan sebijik jam. makin lama makin bertambah hingga berbelas. kenapa aku berhenti kat belas, bukan puluh atau ratus? contoh paling dekat ialah aku sendiri, ternokhtah kat angka 13. pemilik yang berpuluh dan beratus tu memang wujud...Hassan Detikduabelas ngn Tuan Syed Mohri Irhomdeys. sebenarnya ramai lagi tapi tak tertaip pulak hehe...
makna beater yang aku difahamkan ialah jam yang kita pakai utk basahan hari2, samada murah, sedang2 ataupun mahal. jadi harga benda ni memang subjektif kerana selera masing2 tak sama. mula2 aku nak pilih jam beater ni memang pening kepala, tak tido malam dibuatnya kerana ini antara prinsip yang akan aku pegang selagi hayat dikandung badan, cehh. al-kisah, aku sendiri respek arwah abah aku kerana sekarang ni baruku tahu jam beater beliau adalah Seiko UFO. 35 tahun jam tu dipakai harian sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir 6 tahun yang lalu...
berbalik kpd aku, jadi setelah dipikir masak2...Rolex 6694 pulak yang terpilih. kenapa? saiz kecil -sedang 36mm (selesa pakai, tak rimas), bracelet ss 18-16mm (cun2 dan tahan lasak peluh/hujan/panas), jam bagus (buat apa nak simpan dlm laci je) dan bole dibawa gi kerja dan jalan2 makan angin-flexible.
yang 12 biji lagi tu nak buat apa? akhirnya sayang pulak nak jual, duduklah mereka tu sebagai koleksi. kadang2 bila aku dah bosan sangat tengok beater tu, terhingin pulak nak pakai yang lain, maka jadilah kitaran hidup yang beranika ragam. tapi yang herannya bila aku tak pakai beater 1 hari, aku akan tercari2 macam ada sesuatu yang hilang...sah dan lulus ujianlah beater aku ni hehe. korang macammana? sekian dan terima kasih...
ulangtayang gambo huhu...

Friday, 17 June 2011
bulan terang bulan gelap...
haha cerita ni ditulis kerana ramai yang bertanya:' kenapa ikan kurang masa bulan terang?' benda ini penting kpd aku juga kerana ikan tamban untuk buat lekor hanya banyak waktu bulan gelap...ikan mcm serangga juga; akan tertarik kepada cahaya lampu. fenomenanya apabila bulan terang, lautan ibarat sebuah pasar malam. jadi ikan akan berselerak dan susah untuk dikumpulkan maka hasil tangkapan pun berkurang. yang paling terjejas semasa bulan terang adalah bot pukat jerut. waktu bulan terang /penuh/mengambang ialah 15hb. Melayu. oleh itu bot pukat jerut beroperasi paling cun mulai 25hb hingga 5hb Melayu. di situlah banyak ikan...
air pasang pagi surut pukul 5...
seperti yang pernah aku kata dulu, setelah mendapat jam beater/basahan, minat untuk memiliki jam sememamgnya sudah menurun. otai kata ni adalah suatu perasaan yang bahaya kepada kolektor jam. jadi aku bukanlah kolektor sejati dan apa jatuh kategori aku pun tak tau. sekarang cuma nak cari jam yang rare tapi tak semestinya mahal. memang susalah kiranya kerana kalau rare tapi mahal senang cari...mcm Seiko Tuna 600m yg cecah hrga 6k hehe. 13 biji yang ada setakat ini dan 13 juga orang kata angka berhantu/sial. kalau kat Taiwan ada hotel yang takde bilik no. 13 huhu. harapan aku janganlah mood untuk menulis berkaitan jam terpadam kerana ramai juga kawan2 yg dah mula menarik diri. mungkin aku dah slow membeli, cuma kekal dan selenggara jam2 yang ada. artikel2 selepas ni akan lebih kepada kepelbagaian krn hobi aku ni banyak juga...nah cucilah mata dgn jam2 vintage kesukaanku...
Tuesday, 14 June 2011
musim UFO melawat Bumi kot?
nampak mcm banyak Seiko UFO keluar kt blog dn fb minggu ni. semalam aku dapat dr. adek aku, Zuliskhandar. jam ni peninggalan arwah abah kami. no. serial 136728. ada MOU mcm mana jam ni bertukar tangan hehe. aku tak pasti tahun buatan 1971 atau 1981. keadaan jam mmg vintage dn semua part masih ori. cermin calar2, dial dan bezel ada ciri2 patina, casing elok lagi. fungsi chrono mmg out, dah nak kena servis ni. tak kisah yg penting jam auto bila2 bole dibaiki, sedia ongkos je. jarum chrono dia kuning, ada aku tengok merah juga-apa perbezaannya? aku rasa aku nak kekalkan keadaan sedia ada jam kecuali chrono tu. sebab begitulah rentetan sejarah dia selama 30/40 tahun.aku pakaikan tali military hitam supaya ketat dan melekap molek di tangan. jam bagak mmg kena buat macam ni, kalau bracelet mmg longgar sikit dan akan melorot ke bawah dan tak selesa. nah, lihatlah...
Tuesday, 7 June 2011
Setahun setengah sudah berlalu...
...macam lagu Alleycats lak hehe. Begitulah tempoh masa aku mula serius dgn jam. Jadi di kesempatan cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi, aku cuba 'meluahkan ' perasaan yang bermain di hati tentang hobi ini. Jika dilihat dari gambar di atas, jam dial putih itulah yg mula2 mencetuskan segalanya; dan tangkapan yang terbaru adalah Rolex 6694.
Pada awal pembabitan, memang berkobar2 nak beli, pantang nampak dahi jam licin. Lepas tu, mood kemudian beralih kepada nak kekalkan 1 jam idaman dan nak jual jam2 yang lain, apara!? Takpe apa2 hobi pun memang moody...ada naik ada turun. Masa berlalu beberapa ketika dan aku perlu buat satu hala tuju yang boleh meredakan kekusutan ini.
Dan setakat cerita ini ditulis, akhirnya aku tetapkan 1 jam beater/basahan (6694 la hehe) dan jam2 lain menanti aura untuk dipakai atau disimpan sebagai aset koleksi...tetapi harus diingat, nafsu membeli semakin menurun dan nak menjual pula meningkat...Waullahhualam...

Subscribe to:
Posts (Atom)